Tips Cara Dan Petua Semulajadi Ketatkan Faraj Selepas Bersalin
Ramai wanita yang merasa risau tentang farajnya samaada kekal ketat atau sudah longgar apabila lepas bersalin...
Ini juga menentukan kepuasan suami dan isteri dalam setiap hubungan intim. Seterusnya menentukan kebahagiaan rumahtangga. Bagaimana untuk mendapatkn faraj atau vagina yang ketat terutamanya selepas bersalin. Di bawah ada beberapa tips dan petua yang boleh anda ikuti:
1. MANJAKANI
Rebus 3 biji buah manjakani dengan 2 cawan air sampai mendidih dan airnya bertukar menjadi coklat pekat. Gunakan air itu untuk mencuci bahagian faraj. Amalkan setiap hari.
Ambil sebiji buah manjakani. Masukkan kedalam nasi yang sedang mendidih, bila nasi telah kering, ambil buah manjakani tersebut dan potong kecil-kecil semasa masih lembut dan makan bersama nasih yang masih panas. Amalkan selalu.
Rebus buah manjakani. Air rebusannya diminum.Bukan sahaja elok untuk mengetatkan faraj, tetapi juga elok untuk melangsingkan badan dan untuk awet muda.
2. KHASIAT DAUN INAI PEGAGA
DAUN LIMAU PURUT DAN PINANG MUDA
Pinang muda ditumbuk untuk mendapatkan airnya yang pekat. Ambil daun inai, pegaga dan daun limau purut secukupnya dan ditumbuk serta diperah untuk dapatkan air yang pekat. Campur kedua-dua jenis air ini. Ambil cotton bud dan celupkan ke dalam air ini. Celupkan cotton bud ini ke dalam faraj. Amalkan setiap hari semasa mandi petang sehingga faraj terasa benar-benar ketat.
3. JAGA BERAT BADAN
Penambahan berat badan akan menghasilkan lapisan kulit baru. Ia akan membuatkan anda menghasilkan air yang lebih dan membuatkan faraj menjadi terlalu lembap.
Faraj yang terlalu lembap boleh menyebabkan vaginitis iaitu kesakitan di kawasan faraj yang menyebabkan lendir berlebihan, sakit dan gatal.
4. JANGAN ANGKAT BENDA BERAT
Jika anda selalu mengangkat berat, ia akan melemahkan otot faraj dan ia mampu menyebabkan ia longgar!
5. SENAMAN KEGEL
Senaman Kegel adalah senaman yang bagus untuk wanita terutama yang berkahwin dan melahirkan anak. Ramai tak tahu senaman Kegel berfungsi membantu mengatasi masalah seperti tidak boleh mengawal kencing, mengurangkan kes peranakan turun, meningkatkan aliran darah ke uterus atau vagina, meningkatkan kualiti hubungan kelamin dan menguatkan otot vagina seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan koyak pada perinium.
Cara melakukan senaman kegel:
• Ketika membuang air kecil, buat kemutan bagi menghentikan aliran air kencing secara tiba-tiba.
• Tahan dan kira sehingga 10 saat sebelum melepaskan baki kencing seperti biasa.
• Otot pada pangkal rahim cukup kuat jika anda mampu menahan air kencing tanpa menggerakkan kaki.
• Untuk pastikan kaedah ini betul, anda boleh masukkan jari yang bersih ke dalam faraj dan cuba cengkam jari ini mengunakan faraj anda.
Cengkaman itu lazimnya terasa pada bahagian pangkal jari saja. Otot punggung, otot abdomen dan otot paha seelok-eloknya tidak dikemutkan pada waktu ini.
Ulasan
Catat Ulasan