11 TIPS DAN CARA SEMULAJADI HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT DAN MUDAH


JERAWAT??...alamak!...malunya...jerawat menjadi satu masalah yang merunsingkan ramai orang kerana kehadirannya memburukkan penampilan seseorang, mengurangkan keyakinan diri, tidak kurang juga menyakit dan memedihkan kulit.

  Di pasaran memang banyak produk produk segera, berbahan kimia yang banyak dijual dapat membantu mengurangkan komplikasi jerawat. Tetapi selama mana kita harus bergantung kepada produk kimia ini. Di sini ada beberapa tips dan petua secara semulajadi menggunakan bahan bahan alami yang ternyata amat membantu dalam mengatasi jerawat.

1. Aloe Vera (Lidah Buaya)

 Ambil daun lidah buaya (Aloe vera) yang sudah dipotong dan anda akan lihat lendirnya akan keluar. Sapu lendir itu pada bahagian parut jerawat di muka sehingga sebati dan meresap. Ulang langkah ini 2-3 kali dalam seminggu. Insha Allah parut jerawat akan beransur hilang satu persatu.

2. Timun

Timun juga boleh digunakan sebagai petua hilangkan jerawat, ambil sebiji timun dan dipotong beberapa hiris dan selebihnya dikisar hingga hampas. Sapu hampas timun tersebut pada bahagian muka dan selepas itu tampal timun yang dipotong tadi pada seluruh bahagian muka yang ada jerawat. Biarkan lebih kurang setengah jam, kemudian basuh sehingga bersih dengan air suam. Ulang amalan tersebut 2-3 kali seminggu.

3. Bedak Sejuk dan Kulit Kayu Manis


 Ambil 2-3 kulit kayu manis dan lebih kurang segenggam bedak sejuk. Kemudian tumbuk kulit kayu manis tadi sehingga menjadi serbuk halus, selepas itu campuk serbuk kayu manis. Tambah sedikit air suam dan sapu atau lumurkan campuran tadi pada parut di muka. Petua ini juga boleh hilangkan bintik-bintik hitam jeragat pada muka. Amalkan 2-3 kali seminggu.

4. Air Basuhan Beras

 Sediakan air basuhan beras ketika anda membasuh beras, masukkan air basuhan tersebut dalam bekas kosong. Kemudian basuh seluruh muka sehingga rata. Biarkan dalam setengah jam, selepas itu basuh muka anda dengan air bersih.

5. Tomato

 Ambil sebiji tomato yang dipotong kemudian lumur di muka yang berjerawat, ulang beberapa kali dalam seminggu.

6. Minyak kelapa dara

 Di pasaran sekarang  terdapat banyak virgin coconut oil atau minyak kelapa dara. Sememangnya ia lebih berkhasiat daripada minyak kelapa biasa kerana cara penghasilan minyak yang tak menggunakan haba.

Caranya: titiskan minyak kelapa dara ke tapak tangan anda dan biarkan suhu badan anda memanaskannya. Urut perlahan-lahan muka anda dengan minyak, dan biarkan sahaja, tak perlu cuci. Ia akan terus bekerja keras memulihkan kulit anda daripada parut jerawat.

Kalau rimas, biarkan setengah jam sebelum cuci dengan cleanser biasa

7. Madu

 Semua sedia maklum bahawa madu adalah raja segala makanan. Tapi malangnya kebanyakan madu dalam pasaran adalah madu yang diproses, dan telah hilang khasiat perubatannya. Cari madu lebah asli, kalau tak petua ni tak jadi.

Caranya: madu lebah asli, ambil sedikit sahaja cukup-cukup untuk urutkan kulit muka. Jangan banyak sangat. Madu liar ni panas. Dah urut, biarkan sahaja. Tak payah bilas. Biarkan mukjizat Nabi Ayub ni laksanakan tugasnya!

8. Lemon

 Lemon adalah asid alfa hidroksil semulajadi, sejenis asid AHA yang fungsinya khusus untuk membantu kulit baru tumbuh seterusnya mengurangkan parut jerawat.

Caranya: Perah sedikit jus lemon ke dalam mangkuk. Kalau kulit anda sensitif, cairkan dengan air sejuk. Kalau tak tak perlu cairkan. Gunakan kapas, sapukan ke muka dan biarkan kering.

Setelah kering, bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.


9. Ubi Kentang

 Tahukah anda jus ubi kentang sebenarnya kaya dengan vitamin dan mineral? Selain itu, kanji dalam ubi kentang juga boleh menghaluskan kulit wajah.

ubi kentang untuk hilangkan parut jerawat

Caranya: hiris kentang nipis-nipis dan tempekkan kepada kulit muka. Kalau nak, boleh juga buat hirisan tebal dan urutkan pada bahagian berparut. Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Amalkan sekali sehari.

10. Air tebu

 Air tebu mengandungi asid glycolic, juga sejenis asid AHA seperti jus lemon tadi. Ia menghilangkan sel mati dan menggalakkan pertumbuhan sel baru.

Caranya: campurkan 2 bahagian air tebu dengan satu bahagian minyak zaitun. Titiskan sedikit jus lemon, dan sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan moisturizer. Amalkan sekali setiap dua atau tiga hari.

11. Vitamin E

 Yang ini paling mudah. Semua sedia maklum bahawa Vitamin E memang vitamin penjaga kulit.

Caranya: Pecahkan kapsul vitamin E yang dibeli di farmasi. Biasanya vitamin E dijual dalam bentuk minyak. Lumurkan minyak tersebut pada kulit muka yang berparut. Biarkan 15 minit dan cuci dengan moisturizer.

Ulasan